imbas kembali mesej dulu dulu..

Hehe..morning uols..
Pagi ni kan.. aku saja la dok baca mesej lama lama..
lepas tu check message counter..
mak aii.. aku pakai hanset ni baru 10 bulan 
message sent = 30000++
message receive = 30762..
agak agak berapa ratus atau ribu ha jumlah topup aku untuk semua tu ?
HEHEHE..okayy..takpa la..back to the title..

Aku start baca mesej dalam inbox aku start dari tarikh : 10 Aug 2010..*mungkin yg lain byk aku padam dah*
lepas tu aku baca balik semua kandungan2 mesej tu..
uihhh..rasa syok gila la imbau kenangan mesej dgn kengkawan..

melawak2..kongsi cerita..kongsi pendapat..kongsi gambar..
tanya2 soalan.. nasihat2..tanya tentang nak p study petang2..wish birthday..tanya tentang result..
dan macam macam lagi lah..kiranya mesej2 yang aku suka baca tu adalah mesej 
dari kawan kawan semasa zaman Persekolahan aku laa...
Uih..bahagianya zaman persekolahan.. : )
sebab tu habis sekolah kami still dok p sekolah jugak..
RINDURINDU LA BHAI..


Hayati lirik Lagu ini.. best kowt..huhu..

Okay itu saja lah yang aku nak ceritakan.. bila aku baca mesej mesej tu
aku ada rasa satu Perasaan *sebak*..huhu.. emo lebih kot aku ni bila imbau kenangan sekolah..
DANN... selagi phone aku sihat..selagi dia xrosak..selagi dia bersama aku..
InsyaAllah..semua mesej mesej tu akan menjadi kenangan dalam Phone ni..
Aku suka menyimpan mesej mesej tu :)
Tapi kalau sesuatu yang aku tak suka.. sorry.. mesej tu dah lama masuk dalam Tong sampah..
HUHU.. 
OKAY DADAAA....

No comments: